Sini - sini. Kalau mengganggu pause kat sini :)

Telah dia temui ketenangan.

Hampir seharian pecah kepalanya berfikir.
Akhirnya terlepas jua hajatnya.
Lepas jua keinginannya.
Lepas jua kata-katanya.
Yang dia lontarkan tanpa henti.
Yang dia sebutkan sepenuh hati.
Walau dia tahu, kau lemas mendengarnya.
Walau dia tahu, sedih hatimu menerimanya.
Dia bukan pentingkan diri.
Dia bukan membuat sesuka hati.
Ketahuilah,
Dia puas mempertimbangkannya.
Telah dia pohon pada Tuhan moga diberi petunjuk.
Dan dia harap ini yang terbaik.
Ini yang bisa membahagiakan mu.
Ini yang bisa mengurangkan masalah mu.
Maaf dipohon atas kelemahannya.
Walau luahan itu menyedihkan hatinya.
Walau luahan itu menjauhkan kau dan dia.
Ia hanya seketika.
Kesannya pasti baik buatmu juga buat dirinya.
InsyaAllah.
Dia puas untuk melaungkannya.
Dia puas untuk melunaskannya.
Sekarang dia boleh senyum kepuasan.
Sekarang dia boleh menggapai ketenangan.
Mungkin ini keputusan yang terbaik.
Harapannya , moga kau dan insan itu ada pengakhiran yang bahagia. ;)
Tentang dia, usah kau peduli.
Kerana telah dia temui ketenangan yang dicari.
Alhamdulillah.
Dia bahagia disisi Yang Esa.

Pintanya hanya satu.
Semoga senyuman dan ketenangan sentiasa menghiasi hari-harinya.

-Wallahu'alam-

Mood : Senyuman yang tenang. :)

Hari yang kalah.

Semalam hatinya bulat dengan keputusannya.
Semalam, dia nekad.
Semalam dia kuat.
Semalam, dia berkobar-kobar.
Semalam dia merintih pada Tuhan yang satu.
Mohon diberi kekuatan dan ketabahan.
Untuk dia tegakkan pilihannya.
Tetapi dia lupa.
Kelemahannya yang satu itu.
Kelemahannya yang sering mematahkan.
Kelemahan yang susah untuk dilawan.
Dia yang cepat mengalah dan berserah.
Hari ini masa penentuan telah tiba.
Masa untuk dia bersuara.
Tetapi,
Hari ini terbukti dia kalah.
Terbukti dia lemah.
Terbukti dia berserah.
Hati kecilnya memberontak.
Tapi dia tetap tegak.
Tidak bergerak.
Tidak melawan.
Tidak bersuara menegakkan pendirian.
Wahai tubuh, kuat lah dikau! rintihnya.
Wahai mulut, bunyi lah engaku! bisiknya.
Tapi dia hampa.
Tindakannya hanya membuat dia menyesal.
Tindakannya memilukan.
Tindakannya membebankan.
Tindakannya menghampakan.
Mohon hati kecilnya, semoga Tuhan Yang Maha Esa
memberi kekuatan iman.
Kekuatan fizikal.
Dan kekuatan mental.
Serta mohon diberi sedetik masa untuk dia laungkan
"Sesungguhnya aku tidak kuat, aku lemah!
Pergi lah engkau wahai teman.
Pergilah mencari kebahagiaan.
Dan pergilah membahagiakan.
Aku hanya perosak perhubungan.
Aku hanya kulat yang membebankan.
Dia lebih memerlukanmu dari aku yang suka berseorangan."
Ya Tuhan.
Dia tidak mampu lagi untuk menerima cacian.
Dia tidak mampu untuk menghadam kutukan.
Dia tidak mampu berdepan dengan maki hamun.
Mungkin reaksi mukanya menunjukkan ketenangan.
Mungkin diamnya menunjukkan dia bersalah.
Tapi, sedarlah wahai insan.
Walau tidak banyak, pasti terhiris juga hati yang dicaci.
Pasti terobek jiwa yang dihamun.
Harapannya hanya satu.
Moga insan dikelilingya berbahagia selalu.
Biar dia yang diluka, dihiris, dirobek.
Kalau itu bisa membahagiakan.

Moga satu hari nanti mereka sedar bahawa,
siapa benar siapa salah.
Ampun untuk segalanya.

Sabarlah wahai senyuman dan ketenangan.
Masa mu bakal tiba untuk dipamerkan.
InsyaAllah.

Bila nak cakap?

'Awak tak suka, awak cakap la.
Macam mana saya nak tahu apa yang awak rasa.
Kenapa awak diam saja.
Awak dah janji kan. =,= '

Ingat lagi, satu hari tu saya penah cakap,
'Awak, kalau dah tak suka,
awak cakap dengan saya tau.
:)
Saya tak kan marah.'
[sebab saya tak suka susahkan orang dan 
tak nak susahkan awak]

tapi,tapi..
kalau bukan kerana mimpi tu,
mesti awak tak ingat saya langsungkan.
tak pe.  :)
saya ni ibarat lutsinar dalam sejuta.
HAHA
saya tak pernah nak kecik hati.
sebab saya tahu awak tak salah.
saya yang salah.
ego tinggi sangat.
sory. saya tak pandai nak tunjuk perasaan depan orang.
dan,dan saya selalu buat awak 
tetunggu-tunggu dan tertanya-tanya.
mungkin awak tak kenal lagi siapa dia itu.
Mungkin juga, awak perlu baca Tentang dia.

atau mungkin, terlalu banyak kemungkinan.

Ku yakin Kau pasti bersamaku.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Masihku ingat..

Diri ini sering di tertawakan,
Diri ini sering di malukan,
Kadang-kadang tidak lagi berdaya ku bertahan,
Tidak lagi diri ini di saluti kekuatan,
Ku hanya mampu mengiakan,
Ku hanya mampu biarkan ..
Setiap apa yang di perkatakan ..
Ya Allah, Ya Rahman..
Malunye diri ni, hanya Kau saja tempat ku luahkan..:(
 
Masihku ingat ..

Sifat semulajadiku yang di tertawa ini cuba ku atasi,
Cuba ku hindari, cuba ku lari ..
Ku latih diri ini, ku tarbiah jiwa nurani,
Setiap saat, setiap hari,
Semata-mata jemu akan di perli dan di keji..
Namun Ya Allah, Ya Rabbi..
Ku masih di sini seperti dulu lagi,
Tidak pasti bila akan ku akhiri,
Tidak tahu bila akan ku atasi,
Ku hanya mampu usaha lagi, lagi dan lagi..
Sambil menanti berakhirnya semua ini .. 
 
Masihku ingat ..

Ku menangis di hadapan Mu,
Ku seru, ku merayu,
Memohon kekuatan & ketabahan dalam diriku,
Ku pasti yang Kau pasti membantu,
Kerna ku tahu yang Kau mendengar rintihan jiwaku,
Kerna ku yakin yang Kau melihat gelagat perlakuanku,
Kerna ku pasti yang Kau sentiasa di sisiku,
Di sisi manusia yang sabar dengan ujianMu .. 
 
Ya !!
Kini ku masih di tertawa,
Ku masih di perkata-kata,
Ku masih di ejek, di hina ..
Namun ku manusia biasa,
Manusia yg mendambakan RedhoNya,
Manusia yang yakin akan bantuanNya,
Bantuan kepada hambaNya yang sabar sentiasa,
Jadi, tidak akan ku berputu asa,
Tidak akan ku berhenti dari berusaha,
Buat selama-lamanya .. 
 
Terima kasih atas semangat ini, Ya Allah ..
Ku cinta, ku sayang, ku kasih, ku rindu Mu..
Untuk seumur hidupku ..

Alhamdulillah Ya Allah.. 

Di copy dari blog Huffatul Jannah

-Wallahu'alam-