Sini - sini. Kalau mengganggu pause kat sini :)

Hari yang kalah.

Semalam hatinya bulat dengan keputusannya.
Semalam, dia nekad.
Semalam dia kuat.
Semalam, dia berkobar-kobar.
Semalam dia merintih pada Tuhan yang satu.
Mohon diberi kekuatan dan ketabahan.
Untuk dia tegakkan pilihannya.
Tetapi dia lupa.
Kelemahannya yang satu itu.
Kelemahannya yang sering mematahkan.
Kelemahan yang susah untuk dilawan.
Dia yang cepat mengalah dan berserah.
Hari ini masa penentuan telah tiba.
Masa untuk dia bersuara.
Tetapi,
Hari ini terbukti dia kalah.
Terbukti dia lemah.
Terbukti dia berserah.
Hati kecilnya memberontak.
Tapi dia tetap tegak.
Tidak bergerak.
Tidak melawan.
Tidak bersuara menegakkan pendirian.
Wahai tubuh, kuat lah dikau! rintihnya.
Wahai mulut, bunyi lah engaku! bisiknya.
Tapi dia hampa.
Tindakannya hanya membuat dia menyesal.
Tindakannya memilukan.
Tindakannya membebankan.
Tindakannya menghampakan.
Mohon hati kecilnya, semoga Tuhan Yang Maha Esa
memberi kekuatan iman.
Kekuatan fizikal.
Dan kekuatan mental.
Serta mohon diberi sedetik masa untuk dia laungkan
"Sesungguhnya aku tidak kuat, aku lemah!
Pergi lah engkau wahai teman.
Pergilah mencari kebahagiaan.
Dan pergilah membahagiakan.
Aku hanya perosak perhubungan.
Aku hanya kulat yang membebankan.
Dia lebih memerlukanmu dari aku yang suka berseorangan."
Ya Tuhan.
Dia tidak mampu lagi untuk menerima cacian.
Dia tidak mampu untuk menghadam kutukan.
Dia tidak mampu berdepan dengan maki hamun.
Mungkin reaksi mukanya menunjukkan ketenangan.
Mungkin diamnya menunjukkan dia bersalah.
Tapi, sedarlah wahai insan.
Walau tidak banyak, pasti terhiris juga hati yang dicaci.
Pasti terobek jiwa yang dihamun.
Harapannya hanya satu.
Moga insan dikelilingya berbahagia selalu.
Biar dia yang diluka, dihiris, dirobek.
Kalau itu bisa membahagiakan.

Moga satu hari nanti mereka sedar bahawa,
siapa benar siapa salah.
Ampun untuk segalanya.

Sabarlah wahai senyuman dan ketenangan.
Masa mu bakal tiba untuk dipamerkan.
InsyaAllah.

2 comments: