Dia lebih suka memendam rasa.
Dia lebih suka di belakang tabir sahaja.
Glamor dan populariti bukan cita-cita dan impiannya.
Dia tidak pandai berkata 'TIDAK!'
Dia tidak suka berfantasi walau itu adalah kerja masa lapangnya.
Dia cuba sehabis baik untuk mengubah dirinya menjadi muslimah sejati.
Dia lebih suka menyalahkan dirinya.
Dia sentiasa mengharapkan keamanan dunia.
Dia yang kadang kala berfikiran negatif.
Dia yang cuba menjadi sebijak ibunya.
Segigih ayahnya.
Serajin adiknya.
Serba boleh sepertin kakaknya.
Dia yang sesekali lupa akan dirinya.
Dia yang mempunyai pendirian tetap tetapi
kadang kala kalah dengan nafsunya.
Dia yang suka menghormati orang lain dan
mengharap orang lain menghormati dirinya.
Dia yang tidak mengharap simpati.
Tidak suka dikasihani.
Dia yang gembira dengan keluarganya.
Dia yang sering leka dan lalai.
Dia lebih suka menangis dalam solatnya.
Dia yang ego.
Dia yang tamak.
Dia si pemalas.
Dia yang suka berlagak kuat walau dia sebenarnya lemah.
Dia yang dulunya baran.
Dia yang suka belajar dari pengalaman.
Dia yang tidak suka dikongkong.
Dia lebih suka fokus pada studinya
walaupun kadang kala dia lebih banyak bermain-main.
Dia yang cuba bangkit dari kekalahan.
Dia yang kurang keyakinan.
Dia yang tidak suka kejutan.
Dia yang cuba bangkit dari kekalahan.
Dia yang kurang keyakinan.
Dia yang tidak suka kejutan.
Dia yang suka berperang dengan hati kecilnya.
Dia yang sering keliru dengan hidupnya.
Dia yang lemah dalam membuat keputusan.
Dia yang lebih suka bersendirian.
Inilah dirinya yang penuh dengan kelemahan.
-Wallahu'alam-
nice entry nota dari jiwa!
ReplyDeletethnx b my follower :)
welcome. :)
ReplyDeleteterima kasih juga follow saya.
wee~ (n_n)''